Posts Tagged: kata hikmah

"hidup ini singkat, ciptalah sejarah"

- dipetik dari buku Rancang Hidup, Rancang Wang

"Hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah. Hanya golongan fasis sahaja tidak percaya dengan pilihanraya. Mereka akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa"

- Prof Abd Aziz Bari

Text

“Maka biarkanlah mereka tertawa sedikit & menangis yg banyak sbg balasan terhadap apa yg selalu mereka perbuat” [At-Taubah:82]

"

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!!!

"

- Nik Mohd Abduh, anak jantan TG Nik Abd. Aziz

Text

Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian. [Surah Al-Isra’:82]

"Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan"

- Saiyidina Umar Al-Khattab

"Keldai hanya pandai memikul Al-Quran dan kitab di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya."

- Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS